Hadith Lacunae : Untranslatable Word

Detailed information

Searched keyword : العِدَّةُ

No Hadis 5251.0
Perawi Abdullah Ibn Umar
Matan (Arabic) حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عنهما: أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ، عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَسَأَلَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ ذَلِكَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: (مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا، ثُمَّ لِيُمْسِكْهَا حَتَّى تَطْهُرَ، ثُمَّ تَحِيضَ ثُمَّ تَطْهُرَ، ثُمَّ إِنْ شَاءَ أَمْسَكَ بَعْدُ، وَإِنْ شَاءَ طَلَّقَ قَبْلَ أَنْ يَمَسَّ، فَتِلْكَ ‌الْعِدَّةُ الَّتِي أَمَرَ اللَّهُ أَنْ تُطَلَّقَ لَهَا النِّسَاءُ).
Kitab Kitab Talak
Bab "Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan perempuan, maka ceraikanlah mereka pada waktu 'iddah mereka dan hitunglah 'iddah mereka."
Perkataan العِدَّةُ
Terjemahan (Bahasa Melayu) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa beliau pernah menceraikan isterinya ketika sedang haid pada zaman Rasulullah ﷺ. Lalu Umar bin al-Khattab bertanya kepada Rasulullah ﷺ mengenai hal tersebut, maka Baginda bersabda: Suruh dia rujuk semula isterinya, kemudian hendaklah dia menahannya (tidak menceraikan) sehingga isterinya suci, kemudian haid semula, lalu suci kembali. Setelah itu, jika dia mahu, bolehlah dia menahannya, dan jika dia mahu, bolehlah menceraikannya sebelum dia menyetubuhinya. Itulah tempoh iddah yang Allah perintahkan agar wanita dicerai padanya.
Translation (English) That he had divorced his wife while she was menstruating during the lifetime of Allah's Messenger (ﷺ) . `Umar bin Al-Khattab asked Allah's Messenger (ﷺ) about that. Allah's Messenger (ﷺ) said, "Order him (your son) to take her back and keep her till she is clean and then to wait till she gets her next period and becomes clean again, whereupon, if he wishes to keep her, he can do so, and if he wishes to divorce her he can divorce her before having sexual intercourse with her; and that is the prescribed period which Allah has fixed for the women meant to be divorced."

More Linguistic & Cultural Insights

Linguistic analysis by human experts ‘Iddah berasal daripada akar kata "ع د د" yang bermaksud bilangan atau hitungan. Dari segi istilah fiqh, ‘iddah merujuk kepada tempoh tertentu yang wajib dijalani oleh seorang wanita selepas berpisah dengan suaminya sama ada kerana perceraian atau kematian, sebelum dia boleh berkahwin semula. Tempoh ini berbeza mengikut keadaan, seperti tiga kali suci haid bagi wanita yang bercerai, empat bulan sepuluh hari bagi wanita kematian suami, atau sehingga melahirkan anak bagi wanita yang hamil. Dari sudut budaya, ‘iddah mencerminkan prinsip penjagaan nasab, penghormatan terhadap ikatan perkahwinan, dan masa berkabung yang diiktiraf dalam masyarakat Islam. Dalam terjemahan, istilah ini lebih sesuai dikekalkan sebagai *‘iddah* dengan penjelasan tambahan, kerana terjemahan seperti "waiting period" tidak sepenuhnya menzahirkan dimensi hukum dan nilai syar‘inya.
Linguistic analysis by locally hosted lightweight Large Language Model (LLM)
← Back to Index

Note: Our system uses the Zephyr-7B-alpha language model for local inference.