| No Hadis | 1823.0 |
| Perawi | Anas Bin Malik |
| Matan (Arabic) | حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ قَالَ:سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم: (تَسَحَّرُوا، فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً). |
| Kitab | Kitab Puasa |
| Bab | Keberkatan Sahur |
| Perkataan | سحُور |
| Terjemahan (Bahasa Melayu) | Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatan.” |
| Translation (English) | Anas bin Malik (may Allah be pleased with him) said that the Prophet ﷺ said: “Partake in suhoor, for indeed there is blessing in suhoor.” |
| Linguistic analysis by human experts | Sahūr berasal daripada akar kata "س ح ر". Dari segi bahasa, ia merujuk kepada makanan atau minuman yang diambil pada waktu akhir malam sebelum terbit fajar. Dalam hadith, sahūr sangat dianjurkan kerana ia menjadi pembeza antara puasa umat Islam dan ahli kitab, serta mengandungi keberkatan. Dari konteks budaya, sahūr merupakan amalan penting dalam tradisi berpuasa masyarakat Islam, bukan sekadar pengambilan makanan tetapi juga simbol ketaatan dan keberkatan ibadah. Dalam terjemahan, istilah ini lebih sesuai dikekalkan sebagai *sahūr* dengan nota penjelasan, kerana terjemahan umum seperti "makan awal pagi" atau "pre-dawn meal" tidak sepenuhnya menangkap nuansa keagamaan dan nilai spiritualnya. |
| Linguistic analysis by locally hosted lightweight Large Language Model (LLM) |